Sunday, 24 November 2013

Mula minum pati delima Gulsan

Selepas buat rawatan bekam, ada-ada tanda menunjukkan kadar kolestrol admin agak tinggi. Bila kolestrol tinggi, ia akan clog saluran darah dan seterusnya menyebabkan jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah. akibatnya, tekanan darah tinggi. Mungkin ini yang menjadi risiko admin kerap sakit kepala. Hehe.. dengan umur 29 tahun, masih single, tinggi 158cm dan berat 69kg..wow.. i need to do something, before it becomes worse. Walaupun,doktor langsung tak mengesahkan apa-apa, so i need to berjaga jaga. lebih baik kan.

Jadi Apa langkah yang dibuat :

1. First, admin hadkan pada makan roti canai sebulan sekali
2. Second, admin kurangkan langsung air gas. Kira-kira buat tak nampak air gas tuh kalau dihidangkan.
3. Third, mula buat rawatan BEKAM. ini memang treatment sangat baik berbanding dengan makan ubat
    doktor.
4. Forth, admin start minum minuman sunnah. Pati delima...nanti admin ceritakan khasiat pati delima



5. Fifth, mula skit-skit exercise, sebab dulu sangat liat nak exercise.

PENYAKIT GASTRIK ULSER

Ini merupakan kisah benar admin;

Baru berusia 29 tahun, tiap kali bila sakit kepala periksa kat doktor, doktor mesti cakap u jangan risau, ni cuma sebab magrain walaupun cecah 170. nanti dapat ubat warna kuning (Ponstan), makan, tido, pastu baik lah. selama 6 tahun, macam tu. Sampai lah satu masa, 19 Mei 2012, ari tu ada sambutan besday untuk adik beradik dalam bulan Mei. Sebok lah nak bikin, kek blackforest, pulut kuning dll.Sebab penat sangat, malam tuh, lgsg tk lalu makan.Jadi, admin jamah je oren sunkuist, byk lah jgk. Tba-tba malam tu, perut memulas, terus demam esok hari tu. Igtkan demam je, pastu cirit birit tambah teruk lagi muntah-muntah. langsung tak boleh makan apa pun...tapi cuma sebab terlalu lapar, admin terasa sangat nak minum air milo. Masa tu, bersyukur sangat walaupun cuma dapat telan minum air milo.

Esok hari, pagi-pagi dapat kol, arwah pak ngah meninggal dunia. tapi sebab terlalu sakit dan tak dapat pandu kereta, terpaksa minta tolong ibu hantarkan kat klinik, walaupun dalam hati dah tahu ibu mest nak pergi ke pengebumian arwah abgnya di KL. tetapi disebabkan admin, ibu terpaksa buat bubur, hantarkan ke klinik.Dipendekkan cerita, doktor pun cakap...oooo, u kena cirit birit dan admin yang naif percaya lah...doktor punya cakap lah katakan. Ibu anta balik umah, pastu admin dok lah sorang-sorang kat umah lepas ibu pergi ke KL. ubat lah makan, tapi tak baik lagi. Esok tu pergi klinik lain...kali ni, dah boleh bangun pergi klinik sendiri. Haaa...bukan cirit birit, tapi gastrik, bukan gastrik biasa ulser gastrik lagi...wahh, tergamam seketika. Doktor pun tanya ada makan apa2 ke yang boleh menghakis tali perut. mase tuh lak, tengah minum minuman diet oren satu jenama tut. Doktor terus cakap, supaya berhenti minum minuman tu yang mungkin menjadi risiko problem ulser gastrik ni.

Setelah hampir 1 setengah tahun berlalu, penyebab utama kepada penyakit ulser gastrik adalah ubat sakit kepada yang ditelan selama bertahun tahun. Ini pun kebetulan berjumpa semasa sesi konsultan semasa membawa ibu ke klinik.

So sekarang, langsung admin tak ambil ubat sakit kepala tu. Sekarang, dah mula berubat menggunakan perubatan BEKAM ditambah lagi dengan madu, cuka epal. Sakit kepala makin berkurang walaupun kadang-kala datang juga bila waktu period..thats normal is it..so is not big deal kan

                                                                  sumber : dr zubaidi

Kenapa Nama Qanaah Dinamik Dipilih ?

Ada Apa Pada Qanaah..Dinamik?

QANAAH bermaksud : ~ 1. Redha dengan ketentuan
                                         2. Tenang menghadapi dugaan
                                         3. Sentiasa berusaha
                                         4. Tidak mudah putus asa

DINAMIK bermaksud : ~ 1. Energetik (Cergas)
                                         2. Aktif
                                         3. Boleh dipercayai
                                         4. Berkebolehan

Dengan magik kedua-dua perkataan ini, maka tergabung lah syarikat " QANAAH DINAMIK ENTERPRISE (UT0002731-K). Kali ni, saya lebih suka untuk bermula dari modal yang rendah untuk memulakan semula perniagaan syarikat saya yang telah gagal (Sherie W Me Sdn Bhd) pada awal tahun 2013 ini.

Dengan berbekalkan satu tujuan / matlamat iaitu membantu menambah nilai pada hidup orang lain di samping berazam menjadi seorang jutawan yang dermawan yang dapat membalas budi ibu bapa, adik beradik dan juga umat Islam yang lain.

Biarpun bukan dalam masa 1, 2 tahun, mahupun 5 tahun,tapi ini lah yang saya akan usahakan sampai berjaya. Amin

Tuesday, 19 November 2013

PENUBUHAN QANAAH DINAMIK UNTUK PENEBUSAN SEMULA KEGAGALAN SHERIE W ME SDN BHD

Memang kenyataan yang agak sentap bila memikirkan syarikat yang saya tubuhkan dulu gagal dalam masa tidak sampai satu tahun. Jika difikirkan, semua duit simpanan yang disimpan selama beberapa tahun bekerja habis macam tu saja. Kenapa ? 

1. Konon2, dengan pelajaran Ijazah Kejuruteraan Awam dan Sekitaran...bisnes ni senang je. 
Cari modal, cari lokasi, cari pekerja , terus boleh buat bisnes.

2. Konon2, yakin lah bisnes akan success kerana modal yang dikeluarkan besar

3. Konon2, mampu buat dengan bisnes yang baru dipelajari dalam masa kursus 1 hari (Dobi) n plus i tak minat sangat pun bidang ni. In fact, i tak minat sangat lipat2 baju ni. Please     imagine, betapa cengkelat nyer i nanti bila buka bisnes dobi.

4. Tak nak melabur dalam pembelajaran (kedekut beb nak kuar duit even rm100 untuk tambah nilai pada diri)...konon2, boleh pandai bisnes dengan membaca sendiri atau belajar     sendiri...hahaha, quite konservatif dulu.

5. Terlalu berlagak dengan Yang Maha Kuasa, bahawa aku boleh buat. Tapi, saya lalai dan  alpa yang sekecil - kecil zarah, tidak akan bergerak tanpa keizinNya

6. Tak memperbaiki hubungan di antara ibu bapa, adik - beradik dan kawan2 yang     menyebabkan setiap rezki yang masuk tidak dapat kekal. Ini biasa orang cakap, kebocoran     duit. Atau pun, keberkatan di dalam perniagaan tiada.

7. Tiada MESTI.....hasil seminar yang diikuti dari Dr Azizan. (Saya akan terangkan pada waktu lain disebabkan masa dah lewat..mau titon..esok mahu kerja)

Saya doakan moga anda yang membaca nukilan ini, sama2 dirahmati dan diberkati. Tetapkan  lah matlamat di dalam bisnes Menjadi Jutawan yang Dermawan agar kita dapat membantu bukan sahaja keluarga kita tetapi seluruh umat Islam. Amin