Monday, 3 March 2014

Promosi Bulan Mac 2014 untuk produk Miracle Refreshing Spray (MRS)

Bagi memperkenalkan produk MRS, promosi bulan Mac 2014 telah dijalankan. Bagi yang berminat, boleh emel ke qanaahdinamik@gmail.com atau msg/whatsapp ke 017 2023477




Sunday, 2 March 2014

Apa itu Miracle Refreshing Spray (MRS) dan Kebaikannya ?

Selain dari menambah nilai dalam perkhidmatan insuran takaful kenderaan - Qanaahdinamik, pihak kami juga telah menambah satu lagi cabang perniagaan iaitu produk Miracle Refreshing Spray (MRS). 

Kenapa banyak-banyak produk, MRS yang dipilih ? 

Sebagai pengguna MRS, pada hari pertama saya membeli MRS sendiri, memang dah terbukti, keberkesanannya. 

Jadi apa itu MRS dan kebaikannya ?

MRS dicipta dari gabungan minyak kelapa dara yg ditambah nilai dgn mint oil dan essential oil (minyak pati bunga dan buah berries) VCO miracle ada satu keistimewaan yg tak ada pada VCO lain. Ini adalah kerana VCO yang terkandung di dalam MRS adalah VCO yang telah ditambah nilai dan dikecilkan menjadi nanopartikel yg berfungsi sebagai antibacteria dan anti fungus. Sesuai untuk treatment kulit dari jangkitan fungus dan bacteria.

MRS mempunyai 1001 kegunaan seperti menghilangkan kegatalan , kelemumur, rambut berbuah, rambut berkutu, meredakan migraine, sakit kepala dan stress, mengurangkan kembong perut kepada anak-anak memulihkan luka tanpa berparut, bisul ,tak selesa apabila memakai tudung terlalu lama, selsema, batuk dan lain2 lagi.

1. Mengurangkan keguguran rambut
2. Merawat sakit kepala dan migrain
3. Merawat kulat di kepala yang menyebabkan kegatalan
4. Memberi keselesaan kepada wanita bertudung
5. Merawat masalah rambut bercabang dan berbuah
6. Dapat mengurangkan dan menghilangkan kutu di kepala
7. Memberikan kesegaran dan rasa 'cool' terutama ketika berpeluh
8. Mengurangkan stress dgn aromanya yang memberi ketenangan
9. Menghilangkan kelemumur
10. Merawat penyakit kulit spt bisul, kayap dan kegatalan kulit
11. Merawat kulit melecur @ luka
12. Mengurangkan sakit ketika senggugut
13. Merawat bengkak
14. Merawat selsema dan batuk
15. Merawat ruam (sesuai juga digunakan utk baby)
16. Mengurangkan kembung perut (terutama baby)
17. Mengurangkan simptom resdung spt selsema.
18. Merawat sakit gigi.
19. Mengeluarkan angin di dlm badan
20. Mengurangkan rasa mengantuk dan menyegarkan
21. Selamat digunakan oleh wanita mengandung
22. Boleh dibawa bersolat
23. Boleh juga digunakan sebagai minyak wangi atau deodorant
24. Merawat bengkak Gout
25. Merawat sakit urat (sakit2 badan)
26. Sebagai pengganti kepada lotion (amat sesuai utk kulit kering dan bekerja di dalam aircond)
27. Memudahkan tidur dgn lena pada waktu malam
28. Merawat penyakit `ulat air' yang menyerang tapak kaki
29. Membantu melembutkan bahagian kaki yg keras, kematu
30. Dicampur dalam air mandian di mana akan menyegarkan seluruh tubuh badan.

Pendek cerita MRS ini merupakan satu produk yang dapat menyelesaikan banyak masalah dengan izin Allah.

Harga pun tak mahal...Untuk 5 orang yang terawal PM atau msg/whatsapp saya di 017 - 2023477 sebelum 03/03/2014, saya akan hadiahkan anda untuk anda mencuba sendiri keberkesanan produk MRS ini.









Saturday, 1 March 2014

PART 2 [ Insuran Konvensional Kenderaan VS Insuran Takaful Kenderaan ]

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak kami mendapati bahawa hampir 70% tidak mengetahui perbezaan di antara Insuran Konvensional Kenderaan dan Insuran Takaful Kenderaan. Rata-rata menganggapnya sama.

Tapi tahukah anda bahawa, Insuran Konvensional Kenderaan itu sebenarnya tidak mematuhi syariat dan berunsurkan riba. Tiada pengawasan syariah yang ditubuhkan dan polisi insuran diresapi dengan elemen-elemen gharar dan maisir selain dari riba. Selain itu, ia  juga bersifat jual beli insuran iaitu membeli janji bahawa beberapa bentuk manfaat akan dibayar sekiranya pelanggan menghadapi kemalangan. Disebabkan itu, jika pelanggan tidak membuat sebarang tuntutan kemalangan, penanggung insuran akan berpeluang untuk memperolehi kesemua premium yang dibayar.

Manakala perlindungan Insuran Takaful Kenderaan adalah berkonsep saling menjaga dan menjamin keperluan antara satu sama lain dari kerugian dan kerosakan yang menimpa kepada salah seorang pelanggan. Disebabkan itu, bayaran premium insuran yang pihak kita bayar dianggap sebagai derma (Tabarru) dan bukannya sebagai tanggungjawab pemegang polisi. Derma ikhlas ini akan dimasukkan kepada sebuah dana takaful yang diuruskan oleh pengendali takaful. Tetapi, jika terdapat salah seorang peserta atau pelanggan yang mengalami kemalangan/kerugian, bayaran indemniti akan dibuat daripada dana takaful tersebut. Dengan konsep tabarru dan ta’awun inilah  yang membuang semua unsur-unsur yang bertentangan syariah.

Di bawah Akta Takaful 1984 ini, ia mewajibkan pembentukan Majlis Pengawasan Syariah pada. Paling penting, bagi Insuran Takaful Kenderaan ini, untuk peserta yang tidak membuat tuntutan kemalangan, dia akan memperolehi pulangan tunai pada peratus yang dipersetujui di antara pihak pelanggan dengan pengendali takaful.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan pulangan tunai 15 % dari premium insuran yang dibayar dari Syarikat Takaful Malaysia, boleh PM pihak kami (Qanaah Dinamik) atau msg/whatsapp di 017 -2023477. Bukan itu sahaja, pihak anda akan mendapat 5 % diskaun ke atas insuran takaful yang diperbaharui dengan pihak kami bagi promosi bulan Mac 2014


Marilah beralih kepada perlindungan insuran takaful untuk keberkatan perlindungan kenderaan anda. 




PART 1 [Pembiayaan Perbankan Konvensional VS Pembiayaan Perbankan Islam ]

Malam semalam dan petang ini, ditakdirkan Allah untuk saya melihat rancangan FULUS dan Khidmat Syariah, di saluran 114. Secara tidak langsung ia memberi lebih kefahaman mengenai perbezaan kedua - dua pembiayan ini. Walau pada dasarnya, kita melihat tiada perbezaan di antara pembiayaan ini, tetapi menurut Dr Yasmin, kedua dua jenis pembiayaan ini sangat berbeza ibarat syurga dan neraka. Manakala Dr Ashraff menjelaskan bahawa di bawah pembiayaan perbankan konvensional adalah berunsurkan riba.

Pembiayaan perbankan konvensional ini adalah berasaskan sistem keuntungan di mana keuntungan telah ditetapkan kadar nya di mana menurut Dr Yasmin di dalam Islam, tiada kadar keuntungan yang tetap boleh dibuat kerana setiap perniagaan tidak setiap masa akan mendapat untung pada sekian nilainya. Selain itu, dengan ketiadaan panel syariat di dalam perbankan konvensional tersebut, tidak dapat dipastikan bahawa pembiayaan yang kita lakukan adalah betul-betul halal atau tidak.


Hal ini sangat berbeza dengan perbankan Islam di mana mereka mempunyai panel syariah sendiri yang telah menggariskan panduan bahawa segala pembiayaan atau urus niaga dijalankan mesti bertepatan dengan syariah dan halal. Manakala, perbankan Islam yang berakadkan mudharabah contohnya berasaskan perkongsian keuntungan atau kerugian mengikut peratus yang dipersetujui. 

15 % Pulangan Tunai dan 5 % Diskaun Premium Insuran anda

Msg/Whatsapp : 017 2023477