Ada Apa Pada Qanaah..Dinamik?
QANAAH bermaksud : ~ 1. Redha dengan ketentuan
2. Tenang menghadapi dugaan
3. Sentiasa berusaha
4. Tidak mudah putus asa
DINAMIK bermaksud : ~ 1. Energetik (Cergas)
2. Aktif
3. Boleh dipercayai
4. Berkebolehan
Dengan magik kedua-dua perkataan ini, maka tergabung lah syarikat " QANAAH DINAMIK ENTERPRISE (UT0002731-K). Kali ni, saya lebih suka untuk bermula dari modal yang rendah untuk memulakan semula perniagaan syarikat saya yang telah gagal (Sherie W Me Sdn Bhd) pada awal tahun 2013 ini.
Dengan berbekalkan satu tujuan / matlamat iaitu membantu menambah nilai pada hidup orang lain di samping berazam menjadi seorang jutawan yang dermawan yang dapat membalas budi ibu bapa, adik beradik dan juga umat Islam yang lain.
Biarpun bukan dalam masa 1, 2 tahun, mahupun 5 tahun,tapi ini lah yang saya akan usahakan sampai berjaya. Amin
Kepakaran kami adalah membantu anda mendapatkan keberkatan untuk perlindungan kenderaan, rumah atau projek yang diusahakan. Masalahnya di sini, rata-rata masyarakat masih lagi kabur mengenai sistem insuran takaful dengan insuran konvensional. Masih lagi tidak peka yang insuran konvensional adalah tidak mengikut syariat dan mempunyai unsur riba dan gharar. Anda tidak akan menyesal kerana 100% percuma diberikan untuk perundingan. Hubungi : 017 - 2023477 (Ina)
No comments:
Post a Comment