Saturday, 1 March 2014

PART 1 [Pembiayaan Perbankan Konvensional VS Pembiayaan Perbankan Islam ]

Malam semalam dan petang ini, ditakdirkan Allah untuk saya melihat rancangan FULUS dan Khidmat Syariah, di saluran 114. Secara tidak langsung ia memberi lebih kefahaman mengenai perbezaan kedua - dua pembiayan ini. Walau pada dasarnya, kita melihat tiada perbezaan di antara pembiayaan ini, tetapi menurut Dr Yasmin, kedua dua jenis pembiayaan ini sangat berbeza ibarat syurga dan neraka. Manakala Dr Ashraff menjelaskan bahawa di bawah pembiayaan perbankan konvensional adalah berunsurkan riba.

Pembiayaan perbankan konvensional ini adalah berasaskan sistem keuntungan di mana keuntungan telah ditetapkan kadar nya di mana menurut Dr Yasmin di dalam Islam, tiada kadar keuntungan yang tetap boleh dibuat kerana setiap perniagaan tidak setiap masa akan mendapat untung pada sekian nilainya. Selain itu, dengan ketiadaan panel syariat di dalam perbankan konvensional tersebut, tidak dapat dipastikan bahawa pembiayaan yang kita lakukan adalah betul-betul halal atau tidak.


Hal ini sangat berbeza dengan perbankan Islam di mana mereka mempunyai panel syariah sendiri yang telah menggariskan panduan bahawa segala pembiayaan atau urus niaga dijalankan mesti bertepatan dengan syariah dan halal. Manakala, perbankan Islam yang berakadkan mudharabah contohnya berasaskan perkongsian keuntungan atau kerugian mengikut peratus yang dipersetujui. 

15 % Pulangan Tunai dan 5 % Diskaun Premium Insuran anda

Msg/Whatsapp : 017 2023477

No comments:

Post a Comment