Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak kami mendapati
bahawa hampir 70% tidak mengetahui perbezaan di antara Insuran Konvensional
Kenderaan dan Insuran Takaful Kenderaan. Rata-rata menganggapnya sama.
Tapi tahukah anda bahawa,
Insuran Konvensional Kenderaan itu sebenarnya tidak mematuhi syariat dan
berunsurkan riba. Tiada pengawasan syariah yang ditubuhkan dan polisi insuran
diresapi dengan elemen-elemen gharar dan maisir selain dari riba. Selain itu,
ia juga bersifat jual beli insuran iaitu
membeli janji bahawa beberapa bentuk manfaat akan dibayar sekiranya pelanggan
menghadapi kemalangan. Disebabkan itu, jika pelanggan tidak membuat sebarang
tuntutan kemalangan, penanggung insuran akan berpeluang untuk memperolehi
kesemua premium yang dibayar.
Manakala perlindungan Insuran
Takaful Kenderaan adalah berkonsep saling menjaga dan menjamin keperluan
antara satu sama lain dari kerugian dan kerosakan yang menimpa kepada salah
seorang pelanggan. Disebabkan itu, bayaran premium insuran yang pihak kita
bayar dianggap sebagai derma (Tabarru) dan bukannya sebagai tanggungjawab
pemegang polisi. Derma ikhlas ini akan dimasukkan kepada sebuah dana takaful yang
diuruskan oleh pengendali takaful. Tetapi, jika terdapat salah seorang peserta
atau pelanggan yang mengalami kemalangan/kerugian, bayaran indemniti akan
dibuat daripada dana takaful tersebut. Dengan konsep tabarru dan ta’awun inilah
yang membuang semua unsur-unsur yang
bertentangan syariah.
Di bawah Akta Takaful 1984 ini, ia mewajibkan pembentukan
Majlis Pengawasan Syariah pada. Paling penting, bagi Insuran Takaful Kenderaan
ini, untuk peserta yang tidak membuat tuntutan kemalangan, dia akan memperolehi
pulangan tunai pada peratus yang dipersetujui di antara pihak pelanggan dengan
pengendali takaful.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan pulangan tunai 15
% dari premium insuran yang dibayar dari Syarikat Takaful Malaysia, boleh PM
pihak kami (Qanaah Dinamik) atau msg/whatsapp di 017 -2023477. Bukan itu
sahaja, pihak anda akan mendapat 5 % diskaun ke atas insuran takaful yang diperbaharui
dengan pihak kami bagi promosi bulan Mac 2014
Marilah beralih kepada perlindungan insuran takaful untuk
keberkatan perlindungan kenderaan anda.
No comments:
Post a Comment